Friday, June 10, 2011

Che' Latipah

Assalamualaikum :) . ngeeee ~ Harini aku nk cite psl Che' Latipah . eh silap silap . Che' Azu . Kah3 .Lol . tu nama Fb dia . Leh search kalau mengkome sume rajin rajin yawww . Nak blog dia ? okayy . Tekan SINI . Nak tahu kenapa aku cite psl dia harini ? Sebab dia dh puji aku kat blog dia ( pujilahh kononnyee !!!) . Pastu dia suruh aku puji dia balik . Nampak sgt ketidak ikhlasanmu itu yer Azu . HAHA . Terlebih ikhlas siot . Okeyy , dia ni sebenarnya kawan aku masa sekolah rendah jeee pun . Kawan ke?Lol . Aku tak ingatlah sangat . Tapi nama dia tu memang aku ingat . Ngehehehe . Syarifah sepah gitu haa . tu pasai aku boleh ingat sikit2 nama dia . kah3 . Dia ni memang sewel tahu tak , suke panggil aku mcm2 . korang tengoklah kat blog dia , bedahlah , senahlah . Haaa tu memang tabiat dia lah tuuu . Masa mula2 aku add dia pun mana aku kenal dia , then berani beranilah aku tegor dia . lepas tu dia dok emo2 aku tak igt dia siapa . kahkahkahhhh . dah aku pelupa nak buat cmne enn -,- .Dia memandai jea panggil aku bengong , dia pun 2 x 5 je . wahahahaha . nasib kaulah Azu , nak aku puji sgt kan ? Ni aku puji lah ni . Aku tengok dia ni asek nak menang aje , menyampah pun ada . haihh :P . jangan marah yee . Kahkahkahkahhh . Tapi aku tau dia baik ~ yelah kalau dalam hati ada dusun durian , siapa boleh nampak ? Hah , dah start melalut da ~ Haishhh . Kau nak aku puji apa lagi ? Cantik ? Menawan ? Lawa ? LOL . Kau lawa cantik n menawan . suka tak ? HAHAHAA . Dah le weyh , aku dah start melalut dah . kena berhenti kat sinilah nampaknya :D .

Pantun melalut :

Adik menangis kena tinggal,
Duduk sorang sorang dekat rumah,
kaulah sahabatku wahai si sengal,
bedah,senah,tipah,joyah.

P/S : Pantun takde class ni kome abaikan jela yerr ~

Sunday, May 15, 2011

Cara-cara tukar tarikh dan masa post .

Assalamualaikum . harini aku nak ajar camne nak tukar post date and time . sebab kebetulan ada kawan aku ni dia tanya tadi.tapi tutorialnya ringkas ringkas jelah.aku taknak peningkan kepala korang .Okey buka Dashboard -> Posting -> Edit Post . Langkah seterusnya buat macam kat bawah ni ye .

Tekan gambar untuk besarkannya.


Tekan gambar untuk besarkannya .

Lepas tu ? Publish post lah . apa lagi kan ? ok bye .

P/S : Terserlah banyak kemalasan di sini .

Monday, April 18, 2011

Perfect?

     Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan perfect?Sudah pastilah perfect itu bermaksud sempurna.Adakah kita sempurna?Adakah orang di sekeliling kita sempurna?Adakah semua manusia di dalam dunia ini sempurna?Of course TIDAK.Memang tidak ada manusia yang betul-betul sempurna dalam dunia ini.Mungkin sahaja kita melihat fizikal seseorang itu sempurna,tetapi tidak semestinya dia itu PERFECT kan?
    Baiklah,jika tiada manusia yang perfect di dunia ini,mengapakah masih ada segolongan manusia yang sombong dan angkuh?Mungkin sahaja mereka merasakan yang mereka itu PERFECT atau kata lainnya SEMPURNA.Tetapi adakah mereka sedar?Dari manakah datang semua KESEMPURNAAN itu?Aku hanya mampu menggeleng kepala melihat golongan ini.Mereka suka menghina dan memperkecilkan orang yang kurang sempurna atau kurang sifatnya berbanding mereka.Patutkah mereka melakukan semua itu?Seharusnya mereka sedar,orang yang mereka perkecilkan itu juga seorang makhluk Allah S.W.T.Jika mereka memperkecilkan ciptaan-NYA ,bukankah ia sama sahaja seperti mereka memperkecilkan Pencipta mereka?
    Adakah perbuatan menghina orang lain dapat menguntungkan kita?Sudah pasti jawapannya TIDAK.Oleh itu,kita haruslah selalu beringat.Walaupun kita ini cantik/hensem,kaya atau sebagainya.Bukan bermakna kita ini sudah PERFECT.Dan janganlah kita menghina orang lain sedangkan diri kita pun tak sempurna lagi.Betulkan?Sifat sombong dan angkuh juga juga tak akan memajukan kita.Percayalah.Oleh itu hindarilah sifat-sifat buruk yang boleh memusnahkan kita kelak."Buat mengabih boraih je semua tu"(bak kata mak aku).Ok sampai sinilah jelah coretan aku hari ni(*sebab aku pun tak tahu apa aku merepek dah*) .Semoga berjaya *thumbs up* .Assalamualaikum.

Saturday, April 9, 2011

Background shoutbox baru !

Assalamualaikum . sihat x semua ? hek hek hek ! ok la harini seharian aku berprojek dengan tutorial Mas Ahmad Safwan . hehe . klik sini untuk tengok tutorialnya berkenaan dengan cara membuat background shoutbox yang menarik . Terima kasih banyak2 ya Mas . kalau Mas x buat tutorial tu mesti saya tengah mencari2 lagi . hehe . apepon marilah kita tengok background baru tuuu yee .. 


CHAKKKKK !!!! 




Jeng jeng jeng . inilah dia ! amacam ? ok ke yee ? entah lah . papepon komen lah ye pasal background shoutbox baru ni yee .  baiklah . sampai di sini sahajalah entri saya kali ini yaa ! sekian terima kasih ;) 

Photoshop oh Photoshop ...

Assalamualaikum ! ehem ehem !!! apa khabar semua ? sihat ? aduhh mengalahkan perdana menteri sudaaa . hek3 . biarlah . sekali skala je pun kan ? hekhekhek . ok lah arini aku nak cite pasal photoshop . aku nak tunjukkan 2 gambar yang aku edit pakai photoshop . bukannye expert pon aku psl photoshop ni . just a beginner . so aku try la buat transparent text header . hehe . dan inilah hasilnya ...


TADAAAAAAAAAAAAAA !!!!


X lawa pun , biase2 je kan ? hehe




Hah .. macam mana dengan editing aku ? ok ke eh ? hahaha ntah la . aku amik tutorial ni dari :


Ilham Cipta : http://www.ilhamcipta.com/blog/2010/12/09/cara-buat-transparent-text-header-menggunakan-photo-anda/


Haaa , lagi satu . susah2 gila tau nak carik link adobe photoshop CS4 portable yang boleh guna . coz kebanyakkannya fake . syukurlah akhirnya dapat jugak lah yang real . yang penting free ! hahaha . kalau nak free je memang x maju dunia alamatnya . korang nak download adobe photoshop CS4 portable gak ? tengok bawah :


Adobe Photoshop CS4 Portable : http://www.mediafire.com/?wv6x9x1nxnajxe5


Baiklah .. itu sahaja post aku pada hari ni . bye ! jumpa lagi yaaa ! Assalamualaikum :)

Sunday, April 3, 2011

Faceblog

MARILAH KITA SAMA SAMA MENYERTAI THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, FACEBLOG JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG FACEBLOG GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH FACEBLOG DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH .

Saturday, April 2, 2011

Header baru .

Yeahh !! Itu dia . header baru beb . beginilah rupanya header baru aku tuuu . ------>


Ehhh !! Ade lagi , tengok kat tepi hang tu ada apa ? hahaha banner shoutmix pon aku yang edit sendiri tau !!Hihihi ! Haaa ! amacam ? okey ke tak ? biasalah budak baru belajar . manakan nak reti buat yang lawa2 ni doh . header dgn banner aku ni buruk aje . komen la apa yang patut ditambah ? lawa ke x lawa . pastu kalau ada yang nak tolong ajar camne nak buat header pon boleh . sangat dialu dialukan tau ! hahaha . ok lah . setakat itu sahajalah entri aku kali ini . jumpa lagi ! Assalamualaikum ~

Award oh award .

Haaa . nak tau tak ? hari ni aku dapat award dari LINA . euwww so sweet laa . blog dia siyes cantik weh . aku kagum ~ tapi aku x reti nak buat macam tu . waaaaaaaaaaaa ! linaaa , tolong ajar boleh ? hekhekhek . eh eh ! banyak cakap lak aku neh harini . ceyhhh(banyak ke?) . hahaha . ok laa . mari  kita tengok award dia tuhh .


CHAKKKKKKKKKKKK !!!!~


Siyesly lawa gila an award dia ? nak buat jugak . tpi x reti and follower pun ciput je . nak buat apekebendenya ? hahaha . takpelah . aku x mengharapkan kepopularan pun (eh iye ke?) . hahaha . dari aku dok gelak2 macam orang gila ni . ada sebaiknya aku tamatkan entri ni dulu ye . Parmisi ya . Assalamualaikum .


P/S : Thanks a lot for the award :)

Friday, April 1, 2011

Idea oh Idea

Lalala . mohtip tetibe letak gambar ni ? ntah laa .haha !
P/S :Gambar ini tiada kena mengena dengan post di bawah ea !
Idea oh idea . mana kau ni ? kau tahu tak aku nak update blog neh ? kenapa kau x muncul2 haaa ? ni nak marah ni . woooiii idea !!! x de guna kau menyorok tahu ? nanti aku jumpa kau aku sekeh2 kepala kau sampai tercabut . nak tak ? haha !!! nonsense la . sorry deh . pening2 lalat neh . tu yang merepek meraban ntah hape - hape . well , tengah tension ni , kena tulis karangan 300 patah perkataan ttg tanggungjawab memastikan hubungan kekeluargaan erat . ni kerja P.Sivik . macam mana nak siapkan kalau idea tu tak bertandang ? adoi .. siapa2 tolong lah buatkan homework aku ni boleh ? ala korang an baik . mesti korang balas "banyak cantik muka kau !! ! homework sendiri , sendiri buat lah !" kan kannn ?? dah kompom korang balas camtu . haha . aku sekarang ni dah mulakan balik program membaca aku . biasalah nak tambah ilmu pengetahuan dan jugak nak dapat anugerah nilam . hehe :D . dulu form 1 ada buat jugak . btw form 2 berhenti . kenapa ? entahlahh weii , terikut2 sgt dgn perangai kengkwn yang malas baca buku agaknya . haha !!! lagipun mase form 1 aku mana ada internet lagi , so kebanyakkan masa dihabiskan dengan buku . skrg ni ? dah ada internet buku semakin dilupakan . kesian pada encik buku tu . isk isk iskkk . haha . sengal tol den malam nehhh . ape daaaa ~ nak tau ak ? semalam an aku pergi beli ais krim . then , aku nk ckp ais krim kacang merah , tapi tersasul kacang hijauuu daaa . nasib baik abang tu x gelak sbb dia sebok melayan pelanggan . perghhh !!! kalau dia gelak mesti malu gilaaa weh . sebab aritu kawan aku pun ade tersasul ckp kacang hijau , abang tu gelak sakan .ok2 berbalik pada citer td . aku dengan malunya terus blah . pastu kawan aku tanya la "aikk,kenapa ? tadi kata nak beli ais krim . tak jadi ke ?" . aku pun katalah "adoi , tersilap ckp lah . sepatutnya kacang merah tapi tersasul kacang hijau pulak ! buat malu je , hahahahaha ! " pastu kawan aku yang baik hatinya berkata "ah x pe la , meh wani tolong belikan " . ape lagi , aku trus ckp ok . malu gila siot wehhh ! menyesal aku perli2 kwn aku si wani tu sbb tersilap ckp kacang hijau aritu pastu kena gelak dgn abg tu . alih2 , smlm aku yang kena balik . menyesal menyesal ~ 


P/S : Jangan ejek orang ! nanti dapat pembalasan setimpal . :[ . Assalamualaikum . chowww ~

Sunday, March 20, 2011

Lama x update .

Assalamualaikum . hah . baru aku perasan blog ni dah lame bebenor ditinggalkan . sebabnya ? nak tau ? nak ? meh sini . dekat dekat sikit . aku nak bisik ni . cepatttt laaaaa ! psstttt : sebenornye kan lama aku tak update sebab ... sebab ... sebab aku malas !!! ahaha . buat suspen je lebih kan ? hehe . jangan marah . kalau marah-marah nanti cepat tua wehhh . mesti tak nak jadi tua cepat kan . well , baru2 ni aku ada download adobe photoshop CS5 trial punya . aku dah godek godek banyak kali but aku masih tak tahu macam mana nak guna ! alahai jahilnyaaa la kan ... aku tengok tutorial , tapi aku tak paham . adoi sejak bila aku jadi slow catcher ni ? hahaha ! maybe baru lepas periksa . otak sudah jem . keh keh keh . baiklah . nak tamatkan entri merapu dan sengal ni di sini dulu yeee . nanti sambung lagi . tolong la komen pasal background baru ni ? buruk ke ? dan tolonglah aku dengan photoshop ni . hehehe :D

Friday, March 4, 2011

Otak

Otak Manusia

Assalamualaikum semua ! harini aku nak cerita pasal otak lah pulak . boring lah hari hari duk merepek je kat blog ni . haha . okey . mase untuk bercerita tentang otak ! Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.
Dalam haiwan, otak (εν-κέφαλος, bahasa Greek bagi "dalam tengkorak"), merupakan pusat kawalan bagi sistem saraf tunjang, bertanggungjawab bagi kelakuan. Otak terletak di kepala, dilindungi oleh tengkorak dan hampir dengan perkakasan deria bagi penglihatan, pendengaran, keseimbangan, rasa dan bau. Sementara kesemua vertebra mempunyai otak, kebanyakan invertebra samaada mempunyai otak pusat atau himpunan ganglia terasing. Sesetengah haiwan seperti cnidarian danechinoderm tidak memiliki otak pusat, sebaliknya mempunyai sistem saraf berasingan, sementara haiwan seperti sponge ketiadaan otak dan sistem saraf sama sekali. Otak mampu menjadi amat rumit. Sebagai contoh, otak manusia mengandungi sekitar 23 bilion neuron, setiap satunya bersambung dengan hampir 10,000 neuron yang lain.


Credit:Wikipedia

Thursday, February 24, 2011

Benarkah?

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!

P/S : Betul ke ? ini sekadar gurauan . jangan terasa ea ! hehe . xD

Saturday, February 19, 2011

Rumah Merah Menang ! Yeah !

Assalamualaikum , haaa . apa khabar semua ? baik ? sihatlah hendaknya . eh eh , dah macam tulis karangan lah pulak . hahaha . okey hari ni aku nak cerita pasal merentas desa lagi . korang tak muak ke eh asik membaca kisah merentas desa aku ? eh apa aku peduli . blog aku sukahati aku la . haha . jangan terasa eh wahai blogger blogger sekalian . gurau aje . hehe . tadi aku lari lebih lambat berbanding latihan merentas desa tuh . huh macam mana boleh jadi macam tu ? entah lah aku pun tak tahu . maybe penat kot sebab sebelum merentas desa tu dah kena berdiri tengah panas kat padang tu selama 1 jam 30 minit . penat siot ! tu yang masa lari dah tak ada tenaga . tapi tak apa lah . sekurang kurangnya aku ada jugak menyumbang point untuk rumah merah . hehe . dipendekkan cerita , lepas merentas desa ada la penyampaian hadiah . top 20 untuk bawah 15 dan top 20 untuk bawah 18 . lelaki dan perempuan . so lelaki bawah 18 ni banyak rumah hijau dan merah yang dapat . rumah biru dengan kuning skit je . hahaha ! masa bawah 15 tu banyak lah jugak rumah biru yang dapat . jadi Aslina pun dok meng-BOO aku . jerit jerit kat telinga aku macam orang gila . serius aku bengang weh ! kalau ye pon takyah la nak ejek ejek rumah merah . dengan perasaan bengangnya aku pun tak pedulikan dia . masa ahli2 rumah merah dapat , aku sorak la sambil layang layangkan kertas merah aku . haha . ala kertas merah yang ada nombor tu . haha . tapi best gila la . saat cikgu nak mengumumkan JUARA , ahli ahli rumah merah dah mula bersorak MERAH , MERAH , MERAH ! lebih kurang macam tu la . seperti yang dijangka kan . Rumah MERAH  la juara tahun ni ! yeayyyy !!! gembira gila gila siot . haa sampai jadik gila  aku . huahuahua . hahahaa . lepas tu Aslina diam jelah . dah rumah biru dapat no 3 je . hahaha . tu laaa , lain kali BOO aku lagi ye Aslina ? kau BOO aku , Rumah Merah menang . bagus tak ? sangatlah bagus . hak hak hak . baiklah . aku nak hentikan merepek kerepek aku di sini dahulu ya . jumpa lagi . 


P/S : Sengal entri hari ni . hakhakhak .

Friday, February 18, 2011

Fuhhh . Esok Merentas Desa Lagi ?

Assalamualaikum . apa khabar ? hehe . fuhhh ~ rasa nak pengsan bila dapat tahu esok ada merentas desa lagi . yang hari khamis tu baru latihan , pun rasa nak pengsan daaa dowh . ni pulak tiba tiba ada merentas desa yang sebenar ! whoahhh ~ separuh mati dibuatnya . kalau bab sakit tu , jangan cakap la . kompom sakit kaki lepas merentas desa ni . krem la . apa2 jelah . aku ni kalau merentas desa mesti sakit pinggang sampai ke jari kaki ? ada sape2 boleh terangkan kenapa jadi macam ni ? hehe . lepas merentas desa je , nak gerak pun susah . kaki sakit . esok aku tak tahu la macam mana nasib aku . waaaaaaaaaaa ~ heheh , melebih lebih pulak . padahal bukannya ada orang mati pun sebab merentas desa . haha ! biasalah . aku ni bukan suka sangat pun merentas desa . lagi lagi la sekarang ni ada jalan baru . bertambah panjang la jalan merentas desa tu . bertambah jauh bertambah tambah la sakit dan penatnya . hadoi , aku pun dah tak tahu apa aku merepek ni ? entah lah . hahaaha . biasalah , orang nervous . eh nervous ke ? kah kah kahhh ! lawok pulok la . aku nak ucapkan good luck pada orang yang akan merentas desa atau road run esok yaaa ! doakan aku berjaya sampai pada masa yang ditetapkan ye ? hehehhh . ok lah . hari ni sampai sini jelah aku merepek yeee . jumpa lagi . good luck yawww ! buat yang terbaik tau . bye ~


P/S : Esok aku pakai nombor M005 . Rumah Merah daaa ~ hekhekhek .

Wednesday, February 16, 2011

Merentas Desa . Fuhhh ..

Assalamualaikum.hari ni kat sekolah ada merentas desa.penat wookk . tak tahu la berapa kilometer dah lari but yang aku tau ada jalan baru . harini memang aku jalan laju - laju dowh . bajet boleh menang . wakakakaka . toksah berangan lew , badan aku besar . susah wook nk lari . tu la aku lari sikit-sikit aje . yang lain tu aku jalan je . tapi jalan laju-laju . penat gile2 . balik rumah dah tak boleh gerak kaki . hahaha . malam nanti kompom krem kaki . macam mana nih ? korang ada tak petua nak hilangkan krem kaki ? krem kaki sakit gila . aku tak tahan dowh . kalau ada petua nak hilangkan krem kaki tolong la kongsi2 kan same dengan aku ye . tak baik tau kedekut ilmu . tak berkat nanti . hak3 . berceramah pulak aku ni . ish3 . tak layak3 . tadi aku tinggalkan kawan kawan aku kat belakang . dah habis merentas desa . fuhhh ~ kena marah free . haha . diorang yang lambat . jangan la marah aku . hek3 . dah berapa banyak aku merepek ni ? fuhhhh ~ tengah sakit kaki lagi neh . ok la . sampai di sini ajelah coretan aku harini yee . hehehe . jumpa lagi :D

Adialuvluze - My First GA

Assalamualaikum ,Hari ni rasa macam nak join First GA Adialuvluze ni pulak .
Tarikh tutup penyertaan : 28 February 2011


                                             Aku nak tag :




                                            LINA
                                         ADLAH
                                          EIYA




Kalau nak join kliklah First GA Adialuvluze

Tuesday, February 15, 2011

Err .. Hye .. Saya Blogger Baru..

Assalamualaikum.Hari ni blogwalking.tetibe terjumpa segmen Ben Ashaari ni.Ape lagi.Join la sekaki. hek3 . saya ni kan blogger baru lagi . follower pon ciput je.kesian kan kan?hek3 . dah la.terover pulak deh . dah2 . sampai di sini sahajalah coretan aku kali ni ye . Bye. :D

Writing a description of a person.

Assalamualaikum . Inilah hasil karangan pertama aku . tak ada yang istimewa . hasil karangan seorang calon PMR  yang OKU bermasalah pendengaran sahaja . inilah karangan aku tu :

          A person I admire very much is  my aunt.Her name is Roba'ayah bt Usop.She is married.She lives with her husband and children in Shah Alam.
          My aunt is thirty - five years old.She is young and health.Her hair is long.She has a kind face,a charming smile and beautiful eyes.
         She is kind and friendly,she always help other people when needed.Many people admire her because of her kindness.She is very diciplined person.
         My aunt likes watching drama and cooking.I like her cooking very much.She also enjoy chatting with her neighbor during weekends.
        When I grow old,I hope that I will be like my aunt.Everyone likes her.




p/s : komen lah karangan ni supaya aku dapat perbetulkan kesilapan aku ek . x kira la nak komen yang baik2 atau kutuk2 . aku x kisah . sekian terima kasih . peaceee :D

Sunday, February 6, 2011

Twiends

Assalamualaikum semua.ok lah hari ni aku nak cerita tentang twiends.twiends ni apa?baiklah aku akan terangkan.kalau korang nak dapat banyak follower untuk twitter,peninjau youtube dan pelawat blog atau website korang.bolehlah cuba twiends ni ye.caranya mudah je.pertama korang kena pergi dekat SINI . then korang sign up.cara nak guna twiends ini sangat mudah.bagi twitter,korang hanya perlu follow orang lain dan mendapatkan kredit.bagi youtube pulak,korang kena tengok video diorang.dan bagi blog atau website korang cuma kena lawat je.kenapa kena buat ini?baiklah aku akan terangkan.bila korang buat ni,korang akan dapat kredit daripada diorang.lepas tu korang akan ada kredit supaya orang boleh follow korang punya twitter,view youtube video korang atau lawat blog atau website korang la kan.so caranya korang follow orang untuk dapatkan kredit dan orang akan follow korang balik untuk dapatkan kredit.mudah bukan?jadi apa lagi ! sambarlah peluang keemasan ini ! selamat mencuba !

Saturday, February 5, 2011

Ke Mana Tuan Punya Blog Ni Menghilang?

Assalamualaikum semua . hah! lama tak jumpa kan . rindulah pulak pada siapa2 yang membaca blog ni.hihihi.mengedik la pulok.aishhh.alamak lari dah dari tajuk post tu.ke mane tuan punya blog ni menghilang selama sebulan ni?ehem2! bukan pergi dating ea.orang sibuk belajar lah hoooiii , hahahaa.bajet je rajin belajar.padahal..hampaih! haha.well korang tahu la kan aku masuk kelas KRK tahun ni.so busy gila lah.banyak kerja.tak larat aku nak buat weihhh.tolong weihhh.psssttt (bisik2 ) : mase buat post ni pon homework berlambak lagi tau,malas nak buat.muahahahaa.aku ni kejap malas kejap rajin.aku pon tak tahu la apa nak jadi.kerja sekolah berlambak hari2.pening kepala aku tau.pastu harini tuisyen pulak.tahun2 sebelum ni aku sekolah sini takde pon kerja sekolah sebanyak ni.kenapa ea?adakah kerana aku berada di kelas tengah2 ataupon nasibku begitu baik?entahlah,aku sendiri pon tak tahu.jangan tanya aku !! hahahaha. sengal lah .stress gila aku dengan perubahan mendadak ni.apa la yang aku dah merepek ni ? well aku pon tak tahu . aku rasa kena end la post sebelum aku merepek lagi.muahahaha.ok la . sampai sini sahajalah coretan aku kali ini.terima kasih kepada yang sudi membaca :D