Sunday, April 22, 2012

What's up?

Assalamualaikum dan selamat pagi ! Apa khabar semua? Hehehe. Lama dah kan tak update? Biasalah orang busy study. Ceh! Tipu je, manada busy study. Busy lepak n main main tu banyaklah. Hahaha. Well. Bukan aku ada cerita sangat pun, saja saja je nak update sebab tengok blog ni dah suram dah. Muehehehe xP


Firstly, aku nak cerita pasal semalam. Aku ada dapat Anugerah Kualiti kat sekolah, Kategori Pelajar Cemerlang PMR 2011. Hikhikhik. Tak sangka aku akan dapat.. Sebab seumur hidup aku tak pernah dapat apa apa anugerah pasal pelajaran. Yelah, aku ni takde lah pandai mana pun. Hehe. Semalam la first time dalam hidup aku dapat anugerah, so memang nervous gila la. Sakit perut time nak naik pentas tu. Tapi terpaksa control dulu. Haha takleh blah je. Lepas dah turun pentas je, terus okey. Sengal :P 


Cukup-cukuplah cerita pasal anugerah kualiti tu. Karang muak pulak korang baca. Haha. Btw exam lagi 2 minggu. Seriously aku panik sebab belum prepare apa apa pun lagi. Buku pun tak sentuh lagi. Alahai, nasib betul lah. Memang cuak gila kot sebab first time nak exam dalam format penuh. Dahlah tak biasa lagi dengan format penuh tu. PMR punya memanglah senang, tak tahu tembak jee. SPM? Banyak subjektif kau nak tembak cemano? Haih mati mati mati -,- . Hahah kfine gedik xD


Sekarang ni juga aku ada rapat dengan 3 orang ni. Satu sekolah....... Aku tak tahu kenapa aku sayang diorang sangat sangat. Seorang tu memang bestfriend. 2 orang lagi tu? Hehe. Biarlah rahsia. Kalau sehari tak nampak diorang senyum , maka tak ceria lah hari aku. Kalau ikutkan hati, aku nak borak dengan diorang hari hari. Tapi aku tak boleh mengharap sangat, diorang kan busy. Rajinlah katakan. Bukan macam aku ni. Nampak je busy, hakikatnya...Hehehe :P 


Okeylah, aku rasa cam dah banyak je aku melalut ni. Hahaha. Sekian entri aku untuk harini. See you in next post ! :)