Thursday, February 24, 2011

Benarkah?

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!

P/S : Betul ke ? ini sekadar gurauan . jangan terasa ea ! hehe . xD

Saturday, February 19, 2011

Rumah Merah Menang ! Yeah !

Assalamualaikum , haaa . apa khabar semua ? baik ? sihatlah hendaknya . eh eh , dah macam tulis karangan lah pulak . hahaha . okey hari ni aku nak cerita pasal merentas desa lagi . korang tak muak ke eh asik membaca kisah merentas desa aku ? eh apa aku peduli . blog aku sukahati aku la . haha . jangan terasa eh wahai blogger blogger sekalian . gurau aje . hehe . tadi aku lari lebih lambat berbanding latihan merentas desa tuh . huh macam mana boleh jadi macam tu ? entah lah aku pun tak tahu . maybe penat kot sebab sebelum merentas desa tu dah kena berdiri tengah panas kat padang tu selama 1 jam 30 minit . penat siot ! tu yang masa lari dah tak ada tenaga . tapi tak apa lah . sekurang kurangnya aku ada jugak menyumbang point untuk rumah merah . hehe . dipendekkan cerita , lepas merentas desa ada la penyampaian hadiah . top 20 untuk bawah 15 dan top 20 untuk bawah 18 . lelaki dan perempuan . so lelaki bawah 18 ni banyak rumah hijau dan merah yang dapat . rumah biru dengan kuning skit je . hahaha ! masa bawah 15 tu banyak lah jugak rumah biru yang dapat . jadi Aslina pun dok meng-BOO aku . jerit jerit kat telinga aku macam orang gila . serius aku bengang weh ! kalau ye pon takyah la nak ejek ejek rumah merah . dengan perasaan bengangnya aku pun tak pedulikan dia . masa ahli2 rumah merah dapat , aku sorak la sambil layang layangkan kertas merah aku . haha . ala kertas merah yang ada nombor tu . haha . tapi best gila la . saat cikgu nak mengumumkan JUARA , ahli ahli rumah merah dah mula bersorak MERAH , MERAH , MERAH ! lebih kurang macam tu la . seperti yang dijangka kan . Rumah MERAH  la juara tahun ni ! yeayyyy !!! gembira gila gila siot . haa sampai jadik gila  aku . huahuahua . hahahaa . lepas tu Aslina diam jelah . dah rumah biru dapat no 3 je . hahaha . tu laaa , lain kali BOO aku lagi ye Aslina ? kau BOO aku , Rumah Merah menang . bagus tak ? sangatlah bagus . hak hak hak . baiklah . aku nak hentikan merepek kerepek aku di sini dahulu ya . jumpa lagi . 


P/S : Sengal entri hari ni . hakhakhak .

Friday, February 18, 2011

Fuhhh . Esok Merentas Desa Lagi ?

Assalamualaikum . apa khabar ? hehe . fuhhh ~ rasa nak pengsan bila dapat tahu esok ada merentas desa lagi . yang hari khamis tu baru latihan , pun rasa nak pengsan daaa dowh . ni pulak tiba tiba ada merentas desa yang sebenar ! whoahhh ~ separuh mati dibuatnya . kalau bab sakit tu , jangan cakap la . kompom sakit kaki lepas merentas desa ni . krem la . apa2 jelah . aku ni kalau merentas desa mesti sakit pinggang sampai ke jari kaki ? ada sape2 boleh terangkan kenapa jadi macam ni ? hehe . lepas merentas desa je , nak gerak pun susah . kaki sakit . esok aku tak tahu la macam mana nasib aku . waaaaaaaaaaa ~ heheh , melebih lebih pulak . padahal bukannya ada orang mati pun sebab merentas desa . haha ! biasalah . aku ni bukan suka sangat pun merentas desa . lagi lagi la sekarang ni ada jalan baru . bertambah panjang la jalan merentas desa tu . bertambah jauh bertambah tambah la sakit dan penatnya . hadoi , aku pun dah tak tahu apa aku merepek ni ? entah lah . hahaaha . biasalah , orang nervous . eh nervous ke ? kah kah kahhh ! lawok pulok la . aku nak ucapkan good luck pada orang yang akan merentas desa atau road run esok yaaa ! doakan aku berjaya sampai pada masa yang ditetapkan ye ? hehehhh . ok lah . hari ni sampai sini jelah aku merepek yeee . jumpa lagi . good luck yawww ! buat yang terbaik tau . bye ~


P/S : Esok aku pakai nombor M005 . Rumah Merah daaa ~ hekhekhek .

Wednesday, February 16, 2011

Merentas Desa . Fuhhh ..

Assalamualaikum.hari ni kat sekolah ada merentas desa.penat wookk . tak tahu la berapa kilometer dah lari but yang aku tau ada jalan baru . harini memang aku jalan laju - laju dowh . bajet boleh menang . wakakakaka . toksah berangan lew , badan aku besar . susah wook nk lari . tu la aku lari sikit-sikit aje . yang lain tu aku jalan je . tapi jalan laju-laju . penat gile2 . balik rumah dah tak boleh gerak kaki . hahaha . malam nanti kompom krem kaki . macam mana nih ? korang ada tak petua nak hilangkan krem kaki ? krem kaki sakit gila . aku tak tahan dowh . kalau ada petua nak hilangkan krem kaki tolong la kongsi2 kan same dengan aku ye . tak baik tau kedekut ilmu . tak berkat nanti . hak3 . berceramah pulak aku ni . ish3 . tak layak3 . tadi aku tinggalkan kawan kawan aku kat belakang . dah habis merentas desa . fuhhh ~ kena marah free . haha . diorang yang lambat . jangan la marah aku . hek3 . dah berapa banyak aku merepek ni ? fuhhhh ~ tengah sakit kaki lagi neh . ok la . sampai di sini ajelah coretan aku harini yee . hehehe . jumpa lagi :D

Adialuvluze - My First GA

Assalamualaikum ,Hari ni rasa macam nak join First GA Adialuvluze ni pulak .
Tarikh tutup penyertaan : 28 February 2011


                                             Aku nak tag :




                                            LINA
                                         ADLAH
                                          EIYA




Kalau nak join kliklah First GA Adialuvluze

Tuesday, February 15, 2011

Err .. Hye .. Saya Blogger Baru..

Assalamualaikum.Hari ni blogwalking.tetibe terjumpa segmen Ben Ashaari ni.Ape lagi.Join la sekaki. hek3 . saya ni kan blogger baru lagi . follower pon ciput je.kesian kan kan?hek3 . dah la.terover pulak deh . dah2 . sampai di sini sahajalah coretan aku kali ni ye . Bye. :D

Writing a description of a person.

Assalamualaikum . Inilah hasil karangan pertama aku . tak ada yang istimewa . hasil karangan seorang calon PMR  yang OKU bermasalah pendengaran sahaja . inilah karangan aku tu :

          A person I admire very much is  my aunt.Her name is Roba'ayah bt Usop.She is married.She lives with her husband and children in Shah Alam.
          My aunt is thirty - five years old.She is young and health.Her hair is long.She has a kind face,a charming smile and beautiful eyes.
         She is kind and friendly,she always help other people when needed.Many people admire her because of her kindness.She is very diciplined person.
         My aunt likes watching drama and cooking.I like her cooking very much.She also enjoy chatting with her neighbor during weekends.
        When I grow old,I hope that I will be like my aunt.Everyone likes her.




p/s : komen lah karangan ni supaya aku dapat perbetulkan kesilapan aku ek . x kira la nak komen yang baik2 atau kutuk2 . aku x kisah . sekian terima kasih . peaceee :D

Sunday, February 6, 2011

Twiends

Assalamualaikum semua.ok lah hari ni aku nak cerita tentang twiends.twiends ni apa?baiklah aku akan terangkan.kalau korang nak dapat banyak follower untuk twitter,peninjau youtube dan pelawat blog atau website korang.bolehlah cuba twiends ni ye.caranya mudah je.pertama korang kena pergi dekat SINI . then korang sign up.cara nak guna twiends ini sangat mudah.bagi twitter,korang hanya perlu follow orang lain dan mendapatkan kredit.bagi youtube pulak,korang kena tengok video diorang.dan bagi blog atau website korang cuma kena lawat je.kenapa kena buat ini?baiklah aku akan terangkan.bila korang buat ni,korang akan dapat kredit daripada diorang.lepas tu korang akan ada kredit supaya orang boleh follow korang punya twitter,view youtube video korang atau lawat blog atau website korang la kan.so caranya korang follow orang untuk dapatkan kredit dan orang akan follow korang balik untuk dapatkan kredit.mudah bukan?jadi apa lagi ! sambarlah peluang keemasan ini ! selamat mencuba !

Saturday, February 5, 2011

Ke Mana Tuan Punya Blog Ni Menghilang?

Assalamualaikum semua . hah! lama tak jumpa kan . rindulah pulak pada siapa2 yang membaca blog ni.hihihi.mengedik la pulok.aishhh.alamak lari dah dari tajuk post tu.ke mane tuan punya blog ni menghilang selama sebulan ni?ehem2! bukan pergi dating ea.orang sibuk belajar lah hoooiii , hahahaa.bajet je rajin belajar.padahal..hampaih! haha.well korang tahu la kan aku masuk kelas KRK tahun ni.so busy gila lah.banyak kerja.tak larat aku nak buat weihhh.tolong weihhh.psssttt (bisik2 ) : mase buat post ni pon homework berlambak lagi tau,malas nak buat.muahahahaa.aku ni kejap malas kejap rajin.aku pon tak tahu la apa nak jadi.kerja sekolah berlambak hari2.pening kepala aku tau.pastu harini tuisyen pulak.tahun2 sebelum ni aku sekolah sini takde pon kerja sekolah sebanyak ni.kenapa ea?adakah kerana aku berada di kelas tengah2 ataupon nasibku begitu baik?entahlah,aku sendiri pon tak tahu.jangan tanya aku !! hahahaha. sengal lah .stress gila aku dengan perubahan mendadak ni.apa la yang aku dah merepek ni ? well aku pon tak tahu . aku rasa kena end la post sebelum aku merepek lagi.muahahaha.ok la . sampai sini sahajalah coretan aku kali ini.terima kasih kepada yang sudi membaca :D