Monday, July 9, 2012

Penghargaan



ASSALAMUALAIKUM...


Kadang-kala kita terletih dalam penantian ini. Bila kita cuba berbaik-baik, tiada siapa mahu menghargai. Bila kita dah fed up, baru sibuk nak cari. Itupun kalau bernasib baik laa, kalau tak, memang takde orang nak cari. Selalu je begitu. Kadang-kadang penat kan nak jaga hati orang yang tak pernah nak faham kita, tak pernah nak jaga hati kita sebagaimana kita jaga hati dia. Kita dah cuba lakukan yang terbaik untuk dia, cuba berikan layanan terbaik untuk dia. Cuba buat dia rasa dihargai, tapi dia tak pernah nak cuba hargai kita balik... Mereka tak faham perasaan kita. Inilah yang bermain di fikiran kita.


Sebab inilah ramai orang jadi selfish, pentingkan diri. Kerana tak dihargai apabila mereka cuba menghargai. Lalu mereka beranggapan, jika orang tak pernah nak faham perasaan mereka, kenapa mereka nak faham perasaan orang. Jadi mereka buat sesuka hati mereka. Tak boleh nak salahkan mereka jugak bila dah jadi macam tu. Mereka jadi macam tu sebab mereka dah terluka. 


Hati manusia ni sangat rapuh, kalau kita ada seseorang yang sangat menyayangi kita dan sanggup melakukan apa saja untuk kita, hargailah orang itu sebelum terlambat. Janganlah bila orang itu dah pergi dari hidup kita baru nak terhegeh-hegeh cari. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak guna.


Tapi kita ni manusia kan? Selalu buat silap, kita tak sedar yang dalam diam, kita sendiri pun dah banyak melukakan hati orang lain. Mungkin saja kita sakit hati kerana orang tak menghargai kita, tapi kita juga melakukan perkara yang sama. Kadangkala kita tak sedar...


Jadi, jalan penyelesaian yang terbaik pada masalah ini ialah sentiasa berfikiran positif, selalu bersangka baik terhadap orang lain. Berbuat baik dengan semua orang. Dan yang paling penting, belajar memaafkan. InsyaAllah, hidup kita pasti tenang :)