Monday, December 27, 2010

Novel yang mengasyikkan .

Assalamualaikum . hari ni aku nak cerita pasal novel yang aku baru beli . dah habis baca pun . weeee ~ tajuknya Kerana Kasihmu , nama penulisnya Muhamad Tarmizi Hussin . cerita dia memang best gila gila lah doe . rasa nak menangis baca cerita tu . memang tersangatlah sedih masa dekat dekat penghujung dia tu but enjoy ! layannnzzz . okey ~ mari kita tengok kulit buku dan sinopsisnya .


  Tanpa kasih sayang ibu bapa, Nur Aryanis dan Badri Adilla ditempatkan di Rumah Berkat. Ketika kecil, mereka akrab seperti adik beradik. Setelah dewasa masing-masing membawa haluan dalam kehidupan yang penuh pencaroba. Nur Aryanis telah bertemu dengan Shah Aiman yang telah berjaya menambat hatinya. Namun dia kecewa kerana Shah Aiman merupakan lelaki mata keranjang dan sering mempermainkan hati wanita. Dalam keadaan hatinya yang terluka dia membawa diri ke kampung disamping mencari saudara-maranya. Badri Alillah pulang ke kampung halamannya untuk mencungkil kisah kehidupannya yang sebenar. Dia pula baru mengetahui yang dirinya mempunyai seorang adik. Berjayakah Badri Alillah menjejaki adiknya yang terpisah?


"Cukuplah setakat saya sudah memaafkan awak.rasanya tidak perlu untuk kita lanjutkan perhubungan kita dengan       menjalinkan hubungan persahabatan.Ya,kita tetap akan berkawan juga di dalam pejabat ini hanya atas urusan-urusan syarikat.Rasanya itu sudah memadai"-Nur Aryanis                                


"Anis,bunga tadi mungkin akan layu tidak lama lagi.Kalau boleh saya nak ada sesuatu yang awak boleh abadikan selama-lamanya.Sama seperti perkenalan dan perhubungan kita ni,saya tak mahu ia layu ditelan masa.So,sebagai permulaan teddy bear ni saya hadiahkan special untuk awak.Semoga ia jadi hadiah perkenalan dan birthday yang special untuk awak..."-Shah Aiman


 "Biarlah apa sekalipun yang akan terjadi,benih yang sedang tertanam di dalam rahimnya akan dipelihara dan dijaga dengan baik.Janin ini tidak bersalah.Yang bersalah adalah dirinya kerana terlalu taksub dengan cinta sehingga melupakan batas-batas agama."-Suzzy




P/s : memang best gila gila lah . korang try lah baca :D 

Saturday, December 25, 2010

Award blogger cemerlang

Assalamualaikum . wah wah ~ pertama kali dapat award daripada tuan punya blog Catatan lokman hakim . Terima kasih banyak banyak yaa ! excited nih . haha . melebih lebih pulak ye ? sorry sorry . nak tengok award tu ? mane dia ?


haaaaaaaa .. inilah dia !

Create your own banner at mybannermaker.com!


haaaa . dah tengok kan ? amacam ? hehe . selain daripada ni ade soalan jugak . tengok kat bawah ~


  • Apa pandangan anda tentang blog Catatan Loqman Hakim?
      Ok , susah sikit nak jawab ni . saya rasa blog catatan lokman hakim penuh dengan informasi dan sangat menarik . peace :)

  • Boleh ceritakan sikit pasal blog anda
      ooo , boleh jer . sebenarnya mula-mula saya buat blog ni hanya untuk suka - suka . tiba tiba saja saya rasa dunia blogging ini sangat menarik dan mula menulis :)

  • Tujuan utama anda berblog?
    Sebenarnya blog saya berunsur personal , saya cuma nak ceritakan tentang hidup saya :)


Haaa , jadi itulah dia nye :) . selamat tinggal dan jumpa lagi ;)

Wednesday, December 22, 2010

Segmen Jom Berkenalan .

Assalamualaikum . woot woot . hari ini tengok tengok blog . tiba tiba lina tag aku untuk SEGMEN JOM BERKENALAN ni haa ! pastu apa lagi , moh ler join sekaki ! hehe ~ ok , mari kita mulakan ! jika ada sebarang keraguan boleh rujuk sini ya !




  • Apakah status anda?
        Ewah ewah ~ baiklah , status saya adalah single mingle tingle ringle . sudah jelas bukan? (hehe..)

  • Ceritakan tentang diri anda.
      Diri saya?baiklah. no biggie.nama saya Adelah bt Adel.umur 14 tahun.seorang pelajar OKU cacat pendengaran dan saya bersekolah di Smk Syed Mashor . itu sahaja . Sekian terima kasih.


  • Ceritakan tentang blog anda.
      Blog saya?orite,sebenarnya mula2 saya buat blog hanya untuk suka suka . tetapi sekali sekala saya akan meluahkan perasaan saya di blog ini . 


  • Apa pandangan anda tentang dunia blog?
     Dunia blog adalah sesuatu benda yang unik dan sangat menarik perhatian saya. dengan dunia blog , kita boleh belajar macam-macam perkara .


  • Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog.
     Sentiasa dapatkan tunjuk ajar daripada blogger2 yang pro ya !


  • Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..

     Tiada yang spesel di blog ini . cuma apa yang saya tulis di blog ini datang terus daripada hati saya  =)




  • Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
      sampai bila?itu saya tak tahu lagi.tapi saya memang berharap saya boleh menulis hingga ke akhir hayat saya .amin ~ 



  • Tag 4 rakan blogger anda .

Pencarian blogger peramah 2011

Assalamualaikum . excited benor bila dijemput untuk menyertai contest pencarian blogger peramah 2011 ni . terima kasihlah pada LINA ye ! nak sangat tahu aku ni peramah ke tak (hehe) . orite ! mari kita tengok yang seterusnya .klik sini untuk dapatkan maklumat lanjut.apepon baca dulu ye pesanan tuan punye contest ni ! 




  • Ahsfantasy24.com kini sedang mencari blog blogger peramah untuk dimuatkan ke dalam list blog blogger peramah sesi 2011. Ayuh membantu ahsfantasy24 untuk mengesan tidak kira blogger lama ataupun baru, asalkan tidak sombong. Saya menjemput semua follower saya dan juga mereka yang tahu tentang pencarian ini menyertainya. Hargai sekiranya anda dijemput untuk menyertai pencarian ini kerana anda juga telah dilihat sebagai seorang blogger yang peramah.

lepas tu kena tag 4 orang blogger untuk kontest ni :

Alhamdulillah ! 3 TEKNIK 1 .

Alhamdulillah ! akhirnya tercapai jua impian aku nak masuk kelas 3 TEKNIK 1 . aku bersyukur sangat2 kepada Allah kerana mengabulkan doa aku selama ini . susah dapat maka susah hilang kan ? hehe . aku memang excited benor la sebab dapat masuk kelas tuu , tak sabar sabar rasanya nak sekolah balik . semata mata sbb 3 TEKNIK 1 ? hahah , lawak lawak . tahun depan aku berazam nak jadi pelajar cemerlang . aku nak dapat 8A dalam PMR . untuk tahun ini , aku memprogramkan minda aku untuk fokus kepada kelas 3 TEKNIK 1 . tahun depan aku juga akan gunakan teknik yang sama cuma sasarannya sahaja sudah berubah . iaitu 8A ! aku pasti berjaya jika aku mulakan dari sekarang , aku akan berusaha bersungguh sungguh dan berserah kepada Allah . aku juga akan cuba meningkatkan keyakinan diri aku yang sedia ada ini supaya aku lebih terdorong untuk berjaya . InsyaAllah aku akan berjaya . doa doakan lah kejayaan aku ya . aku juga mendoakan kejayaan untuk orang di sekeliling aku . selalu . ~ baiklah . it's time to go . jumpa lagi ya ! Assalamualaikum .~

Saturday, December 11, 2010

Jalan menuju perubahan .

Assalamualaikum semua . sihat tak ? walaupun takde idea aku tetap nak update diary ni . nak tulis ape ye ? tibai jelah . hahaha . ok sekarang ni aku dalam perancangan untuk berubah . aku nak berubah jadi seorang anak yang baik dan solehah , seorang pelajar yang cemerlang dan seorang hamba ALLAH  yang bertaqwa .aku juga mahu mengubah cara hidup aku selama ini . aku cuba untuk mengubah sikap aku dari hari ke hari dan aku cuba sedaya upaya untuk ubah pemikiran aku yang selalu negatif ini untuk menjadi sesuatu yang positif . aku juga selalu yakin pada diri , kerana yakin itu satu doa . jadi aku harus selalu yakin pada diri . "buat baik macam nak mati esok , kerja macam nak hidup selama-lamanya " .  aku cuba ikut falsafah tu , dan aku yakin aku pasti berjaya . doa doa kan lah aku berjaya . kita tak tahu bila kita akan mati . jadi mulalah berubah SEKARANG !

Tuesday, December 7, 2010

Baru balik dari kem jati diri .

Assalamualaikum semua . sihat ? hihi . baru je balik dari kem jati diri . kem itu memang satu program yang sangat menginsafkan . memang berbaloi pergi sana . tak rugi ! aku gembira dan rasa bangga dapat ke sana . program ini tingkatkan keyakinan diri dan merangsang kita untuk berubah . jadi aku sedang cuba untuk berubah menjadi seorang anak yang baik dan solehah . doa doakan lah aku berjaya ya ! di sana aku temui ramai kawan baru yang baik . jika ada kesempatan untuk ke sana lagi . aku tak akan lepaskan ! itu pasti ! antara kawan-kawan baru aku , suhaila , suhaina , farhana , ziana , nadia , aiesz dan banyak lagi . tak terkira lah . dekat sana ada pembahagian kumpulan , lepas bahagi kumpulan , kami diarahkan buat aktiviti outdoor dan juga indoor. kumpulan aku dapat anugerah kumpulan cemerlang kerana kami cemerlang dalam aktiviti outdoor dan juga bersemangat , hehe . baiklah , itu sahaja . it's the time to go . sekali lagi . Assalamualaikum . jawab jangan x jawab , dosa !

Friday, November 19, 2010

Nak update blog,tapi takde idea.

Sungguhnya entri aku kali ni memang lawak. nak update blog tapi tak ada idea.benggong je.haha.takper2.idea tu boleh dicari.ok lah.hari ni memang takde ape2 yang special pon.cuma satu lagi hari biasa yang aku jalani dengan bosan.haha.nak cerita ape ni?entah la.sekarang ni aku tengah gile2 nak belajar dutch.tibe2 je jadi macam tu.nak belajar dutch.aku pun tak tahu dari mane datangnya semangat tu.hahahaha.but belajar dutch tu seronok jugak.kenapalah aku tak terfikir dari dulu nak belajar dutch.baru sekarang nak terfikir kah?haha.seronok mengarut sorang2 ape.macam yang aku tengah buat masa menulis entri ni..ceyhh !! hahaha..aku asyik ketawa je kan ?tapi nevermind lah,ketawa itu baik untuk kesihatan.so ketawalah banyak2 setiap hari eh. mesti korang nak tahu ape yang biase aku buat mase on9 hari2 kan.mestilah nak tahu ( hihi.. pasan je).meh aku listkan:


1)On9 facebook dan MSN (mende biase je)
2)Bukak formspring dan tagged (bukak sekilas pandang tup2 terus tutup sebab tak ada yang special)
3)Bukak Hyves(hah,yang ini best sikit.bukak hyves semata-mata nak tengok chey & may on tak..hik3)
4)Bukak EKSPRESI (tengok-tengok kalau ade chatters,kalau ade layan.kalau takder just tunggu je)
5)Bukak google translate dengan kamus bahasa dutch ( semangat nak belajar dutch ni weyh ,haha )
6)Bukak blog sendiri ( tak heran kan? )
7)Bukak DEARHANIEY ( hehe,mengatal je ;p )
8) Kadang2 bukak blog atau web orang untuk dibace ( boring la weyh )
9)Bukak youtube ( intai2 lagu best2)
10)Search benda2 menarik dekat google ( macam2 ade,handphone,laptop dan banyak lagi)
11) Bukak myspace dengan twitter ( kadang2 je nie)


last sekali?mesti la off9 kan ..hihihi ..


p/s:sorry kalau entri ni agak kebodoh-bodohan,tengah takder idea.macam2 boleh.hahahaha.gotta go now.see ya later.

Friday, November 5, 2010

Pembubaran ekspresi?

Pembubaran ekspresi?kenapa aku rasa tak asing lagi mendengar perkataan itu?kerana sudah acap kali aku mendengarnya.sebelum ini,banyak kali ekspresi telah diumumkan akan dibubarkan tetapi ia tidak berlaku atas sebab-sebab tertentu.kali ini adakah ia akan benar-benar berlaku?aku tak tahu.tapi aku selalu berharap tidak kerana aku menyayanginya.banyak kenangan indah aku bersama dengan ekspresi.telah banyak cabaran dan ranjau kami tempuhi bersama tetapi mengapa mereka tidak pernah fikirkan semua itu sebelum membuat keputusan untuk membubarkan ekspresi?KENAPA?aku,amani,aina,danny dan faz telah banyak berbakti kepada ekspresi.dan sekarang ekspresi mahu mengistiharkan penutupannya dengan begitu sahaja.adilkah semua ini kepada kami?ya,aku tahu.selama kami bekerja,ekspresi tidak pernah betul-betul maju.tetapi sumbangan kami juga perlu diiktiraf.terutamanya rakan-rakan aku yang telah banyak berjasa kepada ekspresi iaitu amani,aina,danny dan juga ika yang baru sahaja dilantik sebagai moderator ekspresi.aku merasakan adalah tidak wajar ekspresi ditutup pada waktu ini.mereka mengalah terlalu cepat.tetapi apakan daya.aku tak ada kuasa.aku tak mampu menghalang mereka.mereka seperti tidak menghargai kami lagi.tapi itulah dia,aku sama sekali tak ada kuasa untuk bersuara jadi di sini sahajalah coretan aku kali ini.baiklah,its the time to go.bye.


Saturday, October 30, 2010

So what?That rich girl.

Tadi aku bergaduh dengan dia.bab ini lah yang paling aku benci.asyik-asyik nak menyakitkan hati aku.semua orang pun asyik2 layan dia.perangainya memang teruk tapi kenapa ramai nak layan dia?sebab dia kaya?ya,sebab dia kaya.orang merasakan jika mendampinginya,mereka akan popular.sedangkan haprak pun tak ada la.dia tu memang tak tahu menghargai kawan yang setia bersamanya dalam susah atau senang.selalu saja mengeceewakan orang.tapi mereka tak faham kerana mereka belum terkena tempiasnya.mereka belum rasakan apa yang aku rasakan selama berkawan dengan dia.mereka akan mengerti suatu hari nanti,bila mereka sudah kena tempiasnya barulah mereka akan mengerti apa yang aku rasakan.masalahnya,bilakah semua itu akan terjadi?aku tak tahu dan tak mahu peduli pun.yang aku tahu,aku benci sikapnya.dia selalu buatkan aku rasa terhina dan kecil.aku sedar aku siapa,tapi aku juga manusia yang punya perasaan walaupun  aku cacat.tidakkah dia fikir semua itu sebelum melakukan sesuatu?atau dia memang jenis orang yang tak tahu berfikir sebelum bertindak.sudah lah,buang masa je aku membebel dekat blog ni,bukan ada yang faham pun kan?baiklah..selamat tinggal.


p/s:sorry lah dah lama tak update.tak on9 sebab peperiksaan.


Saturday, October 2, 2010

Today..Something to say..

Today..something to say.hehe.semalam aku tak dapat online sebab laptop tak ada..hari ini tak lah bosan sangat.sebab aku pergi rumah terbuka Adlah dan open road atau  jalan terbuka warga sirim berhad.aku gembira hari ini.jadi aku tak lah terlalu memikirkan masalah-masalah yang aku hadapi.meskipun aku selalu memikirkannya.hari ni memang aku happy sangat lah.sampai tak tahu nak cakap apa.hahaha.kelakar ke?happy sangat sampai tak tahu nak cakap apa dah?sebenarnya aku tak ada idea pun nak tulis apa.hehe.masalah aku dengan pelajaran masih belum selesai.aku memang risau bab matematik.aku takut gagal sebab sekarang ni aku mengalami masalah dengan matematik tu.cikgu ajar satu apa pun tak masuk dalam kepala aku.aku tak boleh fokus dan tak boleh faham apa yang cikgu ajarkan.aku pun tak tahu apa masalah aku ni.masa matematik je mesti aku rasa nak lari keluar dari kelas je sebab tak tahan lagi.dah la tak boleh fokus lepas tu cikgu dah penat2 ulang pun aku masih tak boleh lagi.tak ke gila tu?lagi satu masalah aku.ini lah masalah yang paling berat bagi aku.masalah berkaitan dengan si "dia" .ramai orang kata aku perlu belajar untuk melupakan dia buat selamanya dan teruskan hidup.tapi ianya begitu sukar kerana dia itu ada di depan mata aku hampir setiap hari.dan kawan-kawan aku selalu menjadikannya gurauan yang begitu menyinggung perasaan aku.aku sedih.aku bukan mahukan sesuatu yang istimewa dengannya.aku hanya mahu dia menerima aku seadanya.dan  hormati aku.aku cuma mahukan itu.tak lebih daripada itu.tapi dia mungkin tak faham apa yang aku rasakan.dan aku harap suatu hari nanti dia akan faham.aku akan menunggu untuk hari itu ...i will wait for you...

Friday, October 1, 2010

I love Someone.

I love someone.i m very2 sad.aku cintakan seseorang yang sama sekali tak ada perasaan terhadap aku.bagaimanakah semua ini boleh terjadi?sakitnya hati aku.aku rasa macam aku tak boleh harunginya lagi.tapi aku tahu.aku perlu kuat dan teruskan hidup.benda itu bukannya penamat hidup aku.aku betul2 cintakan dia.tapi aku tahu dia bencikan aku.sangat bencikan aku.aku tak tahu macam mana semua ini boleh terjadi.macam mana dia boleh benci aku.memang aku tak tahu.tapi aku sedih sangat bila dia buat macam tu.aku rasa macam tak boleh teruskan hidup.namun aku perlu kuat.kerana masih ramai yang menyayangi aku.mama,opah dan kawan-kawan aku yang amat aku sayangi.aku cuma mahukan ketenangan hidup.mahu hidup dengan aman dalam dunia ini.tapi adakah orang yang hidup amani dalam dunia ini?tak ada kan?semua orang ada dugaannya sendiri.jadi aku jugak sama.apalah yang aku boleh buat kalau dia tak faham apa perasaan aku terhadapnya,apa yang aku rasakan selama ini.tak mengapalah.aku tak mengharapkan balasan atas cinta yang telah aku berikan.aku cuma mahu dia tak membenci aku.tapi aku hanyalah insan yang lemah.aku tak mampu buat apa-apa.sungguhnya aku menamatkan entri ini dengan perasaan yang amat lah sedih..bye..see u later..


Thursday, September 30, 2010

Life is hard.

Kenapa aku kata life is hard?sebab itulah hidup.aku selalu ada masalah.masalah utama aku ialah pelajaran.aku paling tension waktu mathematic lah.nak tahu kenapa?sebab itu tak faham.ini tak faham.lama2 boleh pecah kot kepala aku ni kalau asyik fikir je pasal math yang aku tak boleh buat tu.bukan itu je.aku ada juga masalah kawan.ada seorang kawan aku ni.aku betul2 tak suka perangai dia.tapi sampai sekarang aku tak berani nak cakap dengan dia.aku takut kalau aku cakap dengan dia.nanti dia jauhkan diri daripada aku lepas tu tak nak kawan aku dah.aku suka kawan dengan dia.cume aku benci perangai dia je.aku dalam dillema jugak.nak beritahu ke tak nak beritahu ni?oh pening.jadi aku tak tahu nak  buat apa lah sekarang ni.aku rasa aku kena fokus kat pelajaran aku dan jangan kisah pasal semua itu untuk sebentar.tapi aku tak boleh ! aku tahu aku kena mula belajar untuk pra-peperiksaan dan peperiksaan akhir tahun.tapi sindrom kemalasan belajar aku dah datang balik.Ya Allah,macam mana lah aku nak kembalikan kerajinan aku.aku bila nak peperiksaan akhir tahun je mesti sindrom kemalasan tu datang balik.masa pertengahan tahun aku rajin je nak belajar.bila dah akhir2 tahun aku jadi malas sangat.kenapa eh?aku pon tak tahu kenapa dengan diri aku.itulah dia.best friend aku lah yang selalu ada di sisi aku ketika aku sedih dan gembira,yang paling rapat dengan aku ialah abie,nina,izatul,shafiqa,fatin,wani dan yang lain2.tak tersebutlah semuanya.life is hard nowadays.but aku yakin aku masih boleh bertahan.dan aku mahu berjaya dalam hidup aku.doakan lah aku berjaya ya.ok i've to go now.bye..see u later..