Wednesday, December 22, 2010

Alhamdulillah ! 3 TEKNIK 1 .

Alhamdulillah ! akhirnya tercapai jua impian aku nak masuk kelas 3 TEKNIK 1 . aku bersyukur sangat2 kepada Allah kerana mengabulkan doa aku selama ini . susah dapat maka susah hilang kan ? hehe . aku memang excited benor la sebab dapat masuk kelas tuu , tak sabar sabar rasanya nak sekolah balik . semata mata sbb 3 TEKNIK 1 ? hahah , lawak lawak . tahun depan aku berazam nak jadi pelajar cemerlang . aku nak dapat 8A dalam PMR . untuk tahun ini , aku memprogramkan minda aku untuk fokus kepada kelas 3 TEKNIK 1 . tahun depan aku juga akan gunakan teknik yang sama cuma sasarannya sahaja sudah berubah . iaitu 8A ! aku pasti berjaya jika aku mulakan dari sekarang , aku akan berusaha bersungguh sungguh dan berserah kepada Allah . aku juga akan cuba meningkatkan keyakinan diri aku yang sedia ada ini supaya aku lebih terdorong untuk berjaya . InsyaAllah aku akan berjaya . doa doakan lah kejayaan aku ya . aku juga mendoakan kejayaan untuk orang di sekeliling aku . selalu . ~ baiklah . it's time to go . jumpa lagi ya ! Assalamualaikum .~

No comments: