Saturday, March 17, 2012

Lifeless.

Assalamualaikum dan selamat petang semua! Apa khabar semua? Muehehehee. Dah lama tak update kan? Bersarang udah blog ni. Meh tiup tiup sikit. Fuh fuhh! Hahah sowwyyy , terover la pulok. Actually aku sendiri tak tahu nak cerita apa harini. Tp dek kebosanan yang teramat sangat , aku mengambil keputusan untuk mengupdate blog ini. Huahuahua. Dah mula merepek dah. Hewhewhew


Semalam baru beli novel Kan Ku Kejar Cintamu. Best gila deh. Dalam 6 jam je aku dah khatamkan novel tersebut. Hahaha. Then aku khatamkan pulak novel My love is Playgirl, actually novel tu dah lama beli. Tapi baru sekarang nak habiskan. Yelah busy memanjang. Cuti sekolah jelah masa untuk baca novel-novel tu. Banyak dah novel aku beli tapi tak terbaca lagi. Semua sebab masuk form 4 , then homework menggunung tu T__T. Kesian I kan. Hahaha. Gedik je tak sudah sudah. Puiii~


Harini nothing special pun. Mama pergi class, and aku tinggal dekat rumah dengan nenek, adik , maklong, emak kepada mak long,sepupu lelaki.Then, keluarga mak su aku pulak datang. Ramai-ramai dekat rumah pun still rasa bosan gila. Entah ar aku sekarang ni bosan gila macam takde life. Tapi bila dah masuk sekolah nanti. Pewhhh! Busynya jangan cakap. Homework gerenti menimbun. Huwaaaaa!!! Saya taknak kembali ke sekolah boleh tak? Boleh takkkkk? Mesti takboleh kan . Hukhuk T______T


Korang sedar tak? Harini dah petang sabtu. Esok ahad. Then lusa adalah hari yang paling mengerikan. Iaitu....HARI ISNIN! Huwaaaa!!! Hari isnin lah hari yang selalu buat pelajar tergolek golek apabila teringatkannya. Why? Hari first sekolah after weekend.. And perhimpunan rasmi semestinya. Sesiapa yang tak siap homework lah yang paling malang , hari isnin rasa cam taknak pergi sekolah aje kan. Selalu berlaku pada aku T___T .


Btw cuti dah berapa hari dah? 6 kan? You know what... Homework aku satupun tak berusik lagi!! Hu..Hu..Hu.. Aku kan terlebih rajin. Jangan hairan lah kenapa homework selalu tak berusik. Ngehngehngeh.Tapi malam nanti akan ku usahakan untuk menyiapkan semuanya. Sebab esok malas nak kelam kabut. Aku banyak lagi nak buat actually. Tapi bila dah diserang penyakit "M" , semuanya tak jadi. 


Apa itu penyakit "M" ? Hehehe. Hanya pelajar sahaja yang memahaminya . Kerana penyakit "M" bermaharajalela di kalangan pelajar. Hu..Hu..Hu.. Sungguh  parah.Eh merepek je tak habis-habis aku ni. 


Btw dari semalam asyik layan je lagu ni.




Korang cer ah try dengar. Best gila. Huhuhu. Sekian entri aku untuk harini. Babai.

Wednesday, March 14, 2012

Reunion.

Assalamualaikum dan selamat petang semua! Harini titew kembali lagi bersama sebuah entri yang bakal membuat anda bosan membacanya. Haha memang pun kan? Bosan baca blog aku nih bhai. Baiklah, hari ni hari ke berapa cuti sekolah ya? Ehemm. Hari ke lima. YA! HARI KE LIMA!!! Dan satupun homework serta 3U aku masih belum berusik. Why rajin sangat? Well, kalah korang kan dengan kerajinan aku ni? Mesti korang dah rasa cam "lempang satgi tau ah" kan. Kan kan kan? Tau dah. Haha mengaku jelah.


Ok dah dah lah tu merepek Adelah oiii -,- . Bosan blogger blogger di luar sana baca. Hehe okay! Mari kita teruskan. Hari ni ada REUNION 3 TEKNIK 1 2011 dekat Marry Brown, Batang Kali. Memang gempak gila la wa cakap sama lu. 23 orang datang . Perghhh ramai gila an? Tu pun belum satu kelas datang. Kalau satu kelas datang. Perghh memang penuh Marry Brown tu. Hahaha.


Diorang cakap Reunion mula pukul 11 , so aku dengan rajinnya pukul 10 40 dah keluar rumah. Jalan kaki je pergi Marry Brown , alahai kurus lah I camni an. Bajet gila . Haha. Lepastu sampai sampai je dekat Marry Brown dah pukul 11. Masa tu takde sorang pun lagi yang datang. Aku macam.. "ape nie?' . Kata pukul 11. 10-15 minit lepas tu sorang demi sorang datang. So okaylah . Dekat - dekat pukul 12 gitu baru semua orang sampai . Lepastu kitorang pun order lah, semua orang makan benda sama je. Chicken burger, kentang and air strawberry :p.


Lepas dah habis makan, apa lagi. Snap gambar lah en. Snap gambar , record video. Macam - macamlah diorang buat. Tak ketinggalan jugak membeli makanan bagi siapa yang tak puas lagi makan tu :p . Hahaha. Dari aku dok merepek je tak habis habis mesti korang bosan kan? ==' . Meh aku tepek sikit gambar kasi korang tengok.



Girls 3 TEKNIK 1 :)
Boys 3 TEKNIK 1 :)
Aw. Saya tumpang menyelit kejap. Gedik hahaha.
3 TEKNIK 1 2011 is rock bebeyh! 

Dengan ini, saya mengambil keputusan untuk menamatkan entri ini kerana saya sedar saya telah terlampau banyak merepek T_T . See ya later!

Tuesday, March 13, 2012

Lepak-lepak day.

Assalamualaikum dan selamat malam! Hari ini saya kembali lagi bersama sebuah entri. Ecewahh. Bajet kan? Well , cam tak kenal je aku ni. Haha. Sangat lah bosan cuti sekolah ni. Sebenarnya tak bosan , kalau aku pergi siapkan modul 3U and homework yang cikgu bagi tu. Tapi aku ni kan TERLEBIH RAJIN. Tu yang susah tu. Nanti sabtu ahad baru menggelabah kerja tak siap lagi. Ish ish ish, pelajar cemerlang sungguhlah kan? Hukhuk~


Well , memandangkan bosan je cuti sekolah ni tak pergi mana-mana. Junior aku,Sara ajak aku keluar harini. Apa lagi , dapat peluang je mesti ah pergi kan. Rugi kalau tak pergi ma~ Hahaha. Ak Enna, KFC je kan? Kecoh la kau bhai. Haha suka hati aku lah. Blog aku kan? Eh? Dah mula dah keluar ke-gangster-an aku. Haha ayat mantop en? Kalau letak dalam karangan confirm A+ SPM aku. Hahaha.


Kitorang keluar pergi KFC , duduk lepak lepak situ. Makan, borak-borak n gelak tak tentu hala macam orang gila. Memang tu je pun kerja kami kalau lepak sesama , gelak gelak tak tentu hala macam orang gila. Well sengal kan? Nak buat macam mana.. Dah jadi kebiasaan. Haha. Lepas tu teman dia pergi kedai nak hantar baju apetah la kan. 


Lepas tu kitorang nak makan ais krim. Mula-mula tak tahu nak pergi mana.Last-last decide nak pi Marry Brown jelah. Nak minum Root Beer Float amenda tah tu. Sedap gila bhai ! Kitorang minum-minum ah kat situ dulu en, lepastu aku buat gaya jakun. Asyik ulang "sedapnyaaa askrim ni!" . Tak habis-habis. Then dia pun rimas ah en. Cam jakun gila apehal pulak an? Haha.Lepastu masa nak balik, dia asyik risau je nak biarkan aku balik sorang-sorang. Ecewah, ambil berat jugak ye junior aku sorang ni. Ingatkan tak kisah :p . Lepastu kakak dia datang jemput, aku pun nak chaw ah kan. Last-last kakak dia jugak hantar aku balik. Hahaha segan gila kot~



Sara.Alalaala muke cute gitew.Haha. 


Muke I memang takleh blah. Huhu~

Dan begitulah yang berlaku di hari keempat cuti sekolah aku. Homework satu pun tak bersentuh lagi.. Hukhuk. Wajinnya itew kan. Haha. Okaylah. Mesti korang dah naik bosan kan baca blog aku ni, merapu je lebih. So see ya later! 

Monday, March 12, 2012

School Break.

Assalamualaikum dan selamat malam semua! Cuti sekolah dah bermula dan macam biasa , aku sentiasa bosan dan bosan. Rutin harian masa cuti , online , makan , tidur. Hahaahaha teruk gila en en? Thats me :p . Hari hari online facebook. Twitter . Online twitter je kacau akak senior , tak habis habis kacau diorang . Mesti diorang dah menyampah gila tahap babun dah dengan aku. Hahahahaa nasiblah . Aku memang camni . suka kacau orang bila dah bosan.


Bila fikir cuti aje, ingat boleh enjoy aaaa kan , tp cikgu kasi modul 3U dengan homework Chemistry . Memang terbantut niat aku nak berseronok ni.. Why ............ mesti ada homework . Bagi lah kami rehat rehat cuti ni cikgu~ Hahaha . Tu pun nasib baiklah aku form 4 kan tahun ni? Kalau aku ni PMR or SPM candidates tahun ni , confirm sah sah cuti macam tak cuti langsung.


Oh ya , orang selalu cakap form 4 ni HONEYMOON YEAR.. Kenapa aku tak rasa camtu pun? Honeymoon year amendanya? Aku memanjang je busy. Dengan aktiviti sekolah lagi , homework lagi. Apa semua lah kan. Sampai aku tak tahu camne nak uruskan masa aku. Masa tak teratur then aku pun belum mula study. Masa Ujian Bulanan 1 haritu pun study sikit je . Well , susahlah camni en? Tahun lepas aku PMR candidates but aku masih ada masa untuk study. Tahun ni , penat gila sampai tak tahu masa bila nak study.


Aku rasa aku kena buat perancangan awal dari sekarang lah , tahun depan kan nak SPM . Kalau terus - terusan camni , camne aku nak dapatkan 9A+ . Wohoooo tinggi kan cita cita? Hahahahaha well. Dahlah baru baru ni frust dengan result Chemistry and Addmaths aku. Buruk bebenor result tu , dah macam tenuk dah . Haha. Takpe takpe. Boleh usaha lagi en , semua orang cakap camtu. So aku akan usaha lagi dan dapatkan A+ . Yeahaaa~


Korang tak rasa ke aku dah banyak merepek dah dalam entri ni? Kan? Kan? Haha. Okaylah sampai sini jelah aku membebel malam ni. See you later!