Saturday, March 17, 2012

Lifeless.

Assalamualaikum dan selamat petang semua! Apa khabar semua? Muehehehee. Dah lama tak update kan? Bersarang udah blog ni. Meh tiup tiup sikit. Fuh fuhh! Hahah sowwyyy , terover la pulok. Actually aku sendiri tak tahu nak cerita apa harini. Tp dek kebosanan yang teramat sangat , aku mengambil keputusan untuk mengupdate blog ini. Huahuahua. Dah mula merepek dah. Hewhewhew


Semalam baru beli novel Kan Ku Kejar Cintamu. Best gila deh. Dalam 6 jam je aku dah khatamkan novel tersebut. Hahaha. Then aku khatamkan pulak novel My love is Playgirl, actually novel tu dah lama beli. Tapi baru sekarang nak habiskan. Yelah busy memanjang. Cuti sekolah jelah masa untuk baca novel-novel tu. Banyak dah novel aku beli tapi tak terbaca lagi. Semua sebab masuk form 4 , then homework menggunung tu T__T. Kesian I kan. Hahaha. Gedik je tak sudah sudah. Puiii~


Harini nothing special pun. Mama pergi class, and aku tinggal dekat rumah dengan nenek, adik , maklong, emak kepada mak long,sepupu lelaki.Then, keluarga mak su aku pulak datang. Ramai-ramai dekat rumah pun still rasa bosan gila. Entah ar aku sekarang ni bosan gila macam takde life. Tapi bila dah masuk sekolah nanti. Pewhhh! Busynya jangan cakap. Homework gerenti menimbun. Huwaaaaa!!! Saya taknak kembali ke sekolah boleh tak? Boleh takkkkk? Mesti takboleh kan . Hukhuk T______T


Korang sedar tak? Harini dah petang sabtu. Esok ahad. Then lusa adalah hari yang paling mengerikan. Iaitu....HARI ISNIN! Huwaaaa!!! Hari isnin lah hari yang selalu buat pelajar tergolek golek apabila teringatkannya. Why? Hari first sekolah after weekend.. And perhimpunan rasmi semestinya. Sesiapa yang tak siap homework lah yang paling malang , hari isnin rasa cam taknak pergi sekolah aje kan. Selalu berlaku pada aku T___T .


Btw cuti dah berapa hari dah? 6 kan? You know what... Homework aku satupun tak berusik lagi!! Hu..Hu..Hu.. Aku kan terlebih rajin. Jangan hairan lah kenapa homework selalu tak berusik. Ngehngehngeh.Tapi malam nanti akan ku usahakan untuk menyiapkan semuanya. Sebab esok malas nak kelam kabut. Aku banyak lagi nak buat actually. Tapi bila dah diserang penyakit "M" , semuanya tak jadi. 


Apa itu penyakit "M" ? Hehehe. Hanya pelajar sahaja yang memahaminya . Kerana penyakit "M" bermaharajalela di kalangan pelajar. Hu..Hu..Hu.. Sungguh  parah.Eh merepek je tak habis-habis aku ni. 


Btw dari semalam asyik layan je lagu ni.




Korang cer ah try dengar. Best gila. Huhuhu. Sekian entri aku untuk harini. Babai.

1 comment:

Anonymous said...

When Grell left and they brought the book back into continuity and dropped the "mature" tag, I decided I'd give it a shot, but it was so out of character from what had gone in the previous x number of issues that I think I may have ripped the book up. [url=http://www.mulberryhandbagssale.co.uk]Mulberry Bayswater Bags[/url] Funny thing is though, when the economic "storm" is over, the price of everything never seems to come back down. [url=http://www.goosecoatsale.ca]canada goose online[/url] Oyczxjhyy
[url=http://www.pandorajewelryvip.co.uk]pandora charm[/url] Mthlultyu [url=http://www.officialcanadagooseparkae.com]canada goose toronto factory[/url] bcvingqbq