Saturday, October 30, 2010

So what?That rich girl.

Tadi aku bergaduh dengan dia.bab ini lah yang paling aku benci.asyik-asyik nak menyakitkan hati aku.semua orang pun asyik2 layan dia.perangainya memang teruk tapi kenapa ramai nak layan dia?sebab dia kaya?ya,sebab dia kaya.orang merasakan jika mendampinginya,mereka akan popular.sedangkan haprak pun tak ada la.dia tu memang tak tahu menghargai kawan yang setia bersamanya dalam susah atau senang.selalu saja mengeceewakan orang.tapi mereka tak faham kerana mereka belum terkena tempiasnya.mereka belum rasakan apa yang aku rasakan selama berkawan dengan dia.mereka akan mengerti suatu hari nanti,bila mereka sudah kena tempiasnya barulah mereka akan mengerti apa yang aku rasakan.masalahnya,bilakah semua itu akan terjadi?aku tak tahu dan tak mahu peduli pun.yang aku tahu,aku benci sikapnya.dia selalu buatkan aku rasa terhina dan kecil.aku sedar aku siapa,tapi aku juga manusia yang punya perasaan walaupun  aku cacat.tidakkah dia fikir semua itu sebelum melakukan sesuatu?atau dia memang jenis orang yang tak tahu berfikir sebelum bertindak.sudah lah,buang masa je aku membebel dekat blog ni,bukan ada yang faham pun kan?baiklah..selamat tinggal.


p/s:sorry lah dah lama tak update.tak on9 sebab peperiksaan.


Saturday, October 2, 2010

Today..Something to say..

Today..something to say.hehe.semalam aku tak dapat online sebab laptop tak ada..hari ini tak lah bosan sangat.sebab aku pergi rumah terbuka Adlah dan open road atau  jalan terbuka warga sirim berhad.aku gembira hari ini.jadi aku tak lah terlalu memikirkan masalah-masalah yang aku hadapi.meskipun aku selalu memikirkannya.hari ni memang aku happy sangat lah.sampai tak tahu nak cakap apa.hahaha.kelakar ke?happy sangat sampai tak tahu nak cakap apa dah?sebenarnya aku tak ada idea pun nak tulis apa.hehe.masalah aku dengan pelajaran masih belum selesai.aku memang risau bab matematik.aku takut gagal sebab sekarang ni aku mengalami masalah dengan matematik tu.cikgu ajar satu apa pun tak masuk dalam kepala aku.aku tak boleh fokus dan tak boleh faham apa yang cikgu ajarkan.aku pun tak tahu apa masalah aku ni.masa matematik je mesti aku rasa nak lari keluar dari kelas je sebab tak tahan lagi.dah la tak boleh fokus lepas tu cikgu dah penat2 ulang pun aku masih tak boleh lagi.tak ke gila tu?lagi satu masalah aku.ini lah masalah yang paling berat bagi aku.masalah berkaitan dengan si "dia" .ramai orang kata aku perlu belajar untuk melupakan dia buat selamanya dan teruskan hidup.tapi ianya begitu sukar kerana dia itu ada di depan mata aku hampir setiap hari.dan kawan-kawan aku selalu menjadikannya gurauan yang begitu menyinggung perasaan aku.aku sedih.aku bukan mahukan sesuatu yang istimewa dengannya.aku hanya mahu dia menerima aku seadanya.dan  hormati aku.aku cuma mahukan itu.tak lebih daripada itu.tapi dia mungkin tak faham apa yang aku rasakan.dan aku harap suatu hari nanti dia akan faham.aku akan menunggu untuk hari itu ...i will wait for you...

Friday, October 1, 2010

I love Someone.

I love someone.i m very2 sad.aku cintakan seseorang yang sama sekali tak ada perasaan terhadap aku.bagaimanakah semua ini boleh terjadi?sakitnya hati aku.aku rasa macam aku tak boleh harunginya lagi.tapi aku tahu.aku perlu kuat dan teruskan hidup.benda itu bukannya penamat hidup aku.aku betul2 cintakan dia.tapi aku tahu dia bencikan aku.sangat bencikan aku.aku tak tahu macam mana semua ini boleh terjadi.macam mana dia boleh benci aku.memang aku tak tahu.tapi aku sedih sangat bila dia buat macam tu.aku rasa macam tak boleh teruskan hidup.namun aku perlu kuat.kerana masih ramai yang menyayangi aku.mama,opah dan kawan-kawan aku yang amat aku sayangi.aku cuma mahukan ketenangan hidup.mahu hidup dengan aman dalam dunia ini.tapi adakah orang yang hidup amani dalam dunia ini?tak ada kan?semua orang ada dugaannya sendiri.jadi aku jugak sama.apalah yang aku boleh buat kalau dia tak faham apa perasaan aku terhadapnya,apa yang aku rasakan selama ini.tak mengapalah.aku tak mengharapkan balasan atas cinta yang telah aku berikan.aku cuma mahu dia tak membenci aku.tapi aku hanyalah insan yang lemah.aku tak mampu buat apa-apa.sungguhnya aku menamatkan entri ini dengan perasaan yang amat lah sedih..bye..see u later..