Monday, December 27, 2010

Novel yang mengasyikkan .

Assalamualaikum . hari ni aku nak cerita pasal novel yang aku baru beli . dah habis baca pun . weeee ~ tajuknya Kerana Kasihmu , nama penulisnya Muhamad Tarmizi Hussin . cerita dia memang best gila gila lah doe . rasa nak menangis baca cerita tu . memang tersangatlah sedih masa dekat dekat penghujung dia tu but enjoy ! layannnzzz . okey ~ mari kita tengok kulit buku dan sinopsisnya .


  Tanpa kasih sayang ibu bapa, Nur Aryanis dan Badri Adilla ditempatkan di Rumah Berkat. Ketika kecil, mereka akrab seperti adik beradik. Setelah dewasa masing-masing membawa haluan dalam kehidupan yang penuh pencaroba. Nur Aryanis telah bertemu dengan Shah Aiman yang telah berjaya menambat hatinya. Namun dia kecewa kerana Shah Aiman merupakan lelaki mata keranjang dan sering mempermainkan hati wanita. Dalam keadaan hatinya yang terluka dia membawa diri ke kampung disamping mencari saudara-maranya. Badri Alillah pulang ke kampung halamannya untuk mencungkil kisah kehidupannya yang sebenar. Dia pula baru mengetahui yang dirinya mempunyai seorang adik. Berjayakah Badri Alillah menjejaki adiknya yang terpisah?


"Cukuplah setakat saya sudah memaafkan awak.rasanya tidak perlu untuk kita lanjutkan perhubungan kita dengan       menjalinkan hubungan persahabatan.Ya,kita tetap akan berkawan juga di dalam pejabat ini hanya atas urusan-urusan syarikat.Rasanya itu sudah memadai"-Nur Aryanis                                


"Anis,bunga tadi mungkin akan layu tidak lama lagi.Kalau boleh saya nak ada sesuatu yang awak boleh abadikan selama-lamanya.Sama seperti perkenalan dan perhubungan kita ni,saya tak mahu ia layu ditelan masa.So,sebagai permulaan teddy bear ni saya hadiahkan special untuk awak.Semoga ia jadi hadiah perkenalan dan birthday yang special untuk awak..."-Shah Aiman


 "Biarlah apa sekalipun yang akan terjadi,benih yang sedang tertanam di dalam rahimnya akan dipelihara dan dijaga dengan baik.Janin ini tidak bersalah.Yang bersalah adalah dirinya kerana terlalu taksub dengan cinta sehingga melupakan batas-batas agama."-Suzzy




P/s : memang best gila gila lah . korang try lah baca :D 

No comments: