Friday, November 5, 2010

Pembubaran ekspresi?

Pembubaran ekspresi?kenapa aku rasa tak asing lagi mendengar perkataan itu?kerana sudah acap kali aku mendengarnya.sebelum ini,banyak kali ekspresi telah diumumkan akan dibubarkan tetapi ia tidak berlaku atas sebab-sebab tertentu.kali ini adakah ia akan benar-benar berlaku?aku tak tahu.tapi aku selalu berharap tidak kerana aku menyayanginya.banyak kenangan indah aku bersama dengan ekspresi.telah banyak cabaran dan ranjau kami tempuhi bersama tetapi mengapa mereka tidak pernah fikirkan semua itu sebelum membuat keputusan untuk membubarkan ekspresi?KENAPA?aku,amani,aina,danny dan faz telah banyak berbakti kepada ekspresi.dan sekarang ekspresi mahu mengistiharkan penutupannya dengan begitu sahaja.adilkah semua ini kepada kami?ya,aku tahu.selama kami bekerja,ekspresi tidak pernah betul-betul maju.tetapi sumbangan kami juga perlu diiktiraf.terutamanya rakan-rakan aku yang telah banyak berjasa kepada ekspresi iaitu amani,aina,danny dan juga ika yang baru sahaja dilantik sebagai moderator ekspresi.aku merasakan adalah tidak wajar ekspresi ditutup pada waktu ini.mereka mengalah terlalu cepat.tetapi apakan daya.aku tak ada kuasa.aku tak mampu menghalang mereka.mereka seperti tidak menghargai kami lagi.tapi itulah dia,aku sama sekali tak ada kuasa untuk bersuara jadi di sini sahajalah coretan aku kali ini.baiklah,its the time to go.bye.


No comments: