Saturday, December 11, 2010

Jalan menuju perubahan .

Assalamualaikum semua . sihat tak ? walaupun takde idea aku tetap nak update diary ni . nak tulis ape ye ? tibai jelah . hahaha . ok sekarang ni aku dalam perancangan untuk berubah . aku nak berubah jadi seorang anak yang baik dan solehah , seorang pelajar yang cemerlang dan seorang hamba ALLAH  yang bertaqwa .aku juga mahu mengubah cara hidup aku selama ini . aku cuba untuk mengubah sikap aku dari hari ke hari dan aku cuba sedaya upaya untuk ubah pemikiran aku yang selalu negatif ini untuk menjadi sesuatu yang positif . aku juga selalu yakin pada diri , kerana yakin itu satu doa . jadi aku harus selalu yakin pada diri . "buat baik macam nak mati esok , kerja macam nak hidup selama-lamanya " .  aku cuba ikut falsafah tu , dan aku yakin aku pasti berjaya . doa doa kan lah aku berjaya . kita tak tahu bila kita akan mati . jadi mulalah berubah SEKARANG !

1 comment:

lina said...

thnks datang blog aku! ni pun berkat tutorial yg aku dapat dr mcm2 blog.. huhu