Monday, December 27, 2010

Novel yang mengasyikkan .

Assalamualaikum . hari ni aku nak cerita pasal novel yang aku baru beli . dah habis baca pun . weeee ~ tajuknya Kerana Kasihmu , nama penulisnya Muhamad Tarmizi Hussin . cerita dia memang best gila gila lah doe . rasa nak menangis baca cerita tu . memang tersangatlah sedih masa dekat dekat penghujung dia tu but enjoy ! layannnzzz . okey ~ mari kita tengok kulit buku dan sinopsisnya .


  Tanpa kasih sayang ibu bapa, Nur Aryanis dan Badri Adilla ditempatkan di Rumah Berkat. Ketika kecil, mereka akrab seperti adik beradik. Setelah dewasa masing-masing membawa haluan dalam kehidupan yang penuh pencaroba. Nur Aryanis telah bertemu dengan Shah Aiman yang telah berjaya menambat hatinya. Namun dia kecewa kerana Shah Aiman merupakan lelaki mata keranjang dan sering mempermainkan hati wanita. Dalam keadaan hatinya yang terluka dia membawa diri ke kampung disamping mencari saudara-maranya. Badri Alillah pulang ke kampung halamannya untuk mencungkil kisah kehidupannya yang sebenar. Dia pula baru mengetahui yang dirinya mempunyai seorang adik. Berjayakah Badri Alillah menjejaki adiknya yang terpisah?


"Cukuplah setakat saya sudah memaafkan awak.rasanya tidak perlu untuk kita lanjutkan perhubungan kita dengan       menjalinkan hubungan persahabatan.Ya,kita tetap akan berkawan juga di dalam pejabat ini hanya atas urusan-urusan syarikat.Rasanya itu sudah memadai"-Nur Aryanis                                


"Anis,bunga tadi mungkin akan layu tidak lama lagi.Kalau boleh saya nak ada sesuatu yang awak boleh abadikan selama-lamanya.Sama seperti perkenalan dan perhubungan kita ni,saya tak mahu ia layu ditelan masa.So,sebagai permulaan teddy bear ni saya hadiahkan special untuk awak.Semoga ia jadi hadiah perkenalan dan birthday yang special untuk awak..."-Shah Aiman


 "Biarlah apa sekalipun yang akan terjadi,benih yang sedang tertanam di dalam rahimnya akan dipelihara dan dijaga dengan baik.Janin ini tidak bersalah.Yang bersalah adalah dirinya kerana terlalu taksub dengan cinta sehingga melupakan batas-batas agama."-Suzzy




P/s : memang best gila gila lah . korang try lah baca :D 

Saturday, December 25, 2010

Award blogger cemerlang

Assalamualaikum . wah wah ~ pertama kali dapat award daripada tuan punya blog Catatan lokman hakim . Terima kasih banyak banyak yaa ! excited nih . haha . melebih lebih pulak ye ? sorry sorry . nak tengok award tu ? mane dia ?


haaaaaaaa .. inilah dia !

Create your own banner at mybannermaker.com!


haaaa . dah tengok kan ? amacam ? hehe . selain daripada ni ade soalan jugak . tengok kat bawah ~


  • Apa pandangan anda tentang blog Catatan Loqman Hakim?
      Ok , susah sikit nak jawab ni . saya rasa blog catatan lokman hakim penuh dengan informasi dan sangat menarik . peace :)

  • Boleh ceritakan sikit pasal blog anda
      ooo , boleh jer . sebenarnya mula-mula saya buat blog ni hanya untuk suka - suka . tiba tiba saja saya rasa dunia blogging ini sangat menarik dan mula menulis :)

  • Tujuan utama anda berblog?
    Sebenarnya blog saya berunsur personal , saya cuma nak ceritakan tentang hidup saya :)


Haaa , jadi itulah dia nye :) . selamat tinggal dan jumpa lagi ;)

Wednesday, December 22, 2010

Segmen Jom Berkenalan .

Assalamualaikum . woot woot . hari ini tengok tengok blog . tiba tiba lina tag aku untuk SEGMEN JOM BERKENALAN ni haa ! pastu apa lagi , moh ler join sekaki ! hehe ~ ok , mari kita mulakan ! jika ada sebarang keraguan boleh rujuk sini ya !




  • Apakah status anda?
        Ewah ewah ~ baiklah , status saya adalah single mingle tingle ringle . sudah jelas bukan? (hehe..)

  • Ceritakan tentang diri anda.
      Diri saya?baiklah. no biggie.nama saya Adelah bt Adel.umur 14 tahun.seorang pelajar OKU cacat pendengaran dan saya bersekolah di Smk Syed Mashor . itu sahaja . Sekian terima kasih.


  • Ceritakan tentang blog anda.
      Blog saya?orite,sebenarnya mula2 saya buat blog hanya untuk suka suka . tetapi sekali sekala saya akan meluahkan perasaan saya di blog ini . 


  • Apa pandangan anda tentang dunia blog?
     Dunia blog adalah sesuatu benda yang unik dan sangat menarik perhatian saya. dengan dunia blog , kita boleh belajar macam-macam perkara .


  • Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog.
     Sentiasa dapatkan tunjuk ajar daripada blogger2 yang pro ya !


  • Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..

     Tiada yang spesel di blog ini . cuma apa yang saya tulis di blog ini datang terus daripada hati saya  =)




  • Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
      sampai bila?itu saya tak tahu lagi.tapi saya memang berharap saya boleh menulis hingga ke akhir hayat saya .amin ~ 



  • Tag 4 rakan blogger anda .