Friday, April 1, 2011

Idea oh Idea

Lalala . mohtip tetibe letak gambar ni ? ntah laa .haha !
P/S :Gambar ini tiada kena mengena dengan post di bawah ea !
Idea oh idea . mana kau ni ? kau tahu tak aku nak update blog neh ? kenapa kau x muncul2 haaa ? ni nak marah ni . woooiii idea !!! x de guna kau menyorok tahu ? nanti aku jumpa kau aku sekeh2 kepala kau sampai tercabut . nak tak ? haha !!! nonsense la . sorry deh . pening2 lalat neh . tu yang merepek meraban ntah hape - hape . well , tengah tension ni , kena tulis karangan 300 patah perkataan ttg tanggungjawab memastikan hubungan kekeluargaan erat . ni kerja P.Sivik . macam mana nak siapkan kalau idea tu tak bertandang ? adoi .. siapa2 tolong lah buatkan homework aku ni boleh ? ala korang an baik . mesti korang balas "banyak cantik muka kau !! ! homework sendiri , sendiri buat lah !" kan kannn ?? dah kompom korang balas camtu . haha . aku sekarang ni dah mulakan balik program membaca aku . biasalah nak tambah ilmu pengetahuan dan jugak nak dapat anugerah nilam . hehe :D . dulu form 1 ada buat jugak . btw form 2 berhenti . kenapa ? entahlahh weii , terikut2 sgt dgn perangai kengkwn yang malas baca buku agaknya . haha !!! lagipun mase form 1 aku mana ada internet lagi , so kebanyakkan masa dihabiskan dengan buku . skrg ni ? dah ada internet buku semakin dilupakan . kesian pada encik buku tu . isk isk iskkk . haha . sengal tol den malam nehhh . ape daaaa ~ nak tau ak ? semalam an aku pergi beli ais krim . then , aku nk ckp ais krim kacang merah , tapi tersasul kacang hijauuu daaa . nasib baik abang tu x gelak sbb dia sebok melayan pelanggan . perghhh !!! kalau dia gelak mesti malu gilaaa weh . sebab aritu kawan aku pun ade tersasul ckp kacang hijau , abang tu gelak sakan .ok2 berbalik pada citer td . aku dengan malunya terus blah . pastu kawan aku tanya la "aikk,kenapa ? tadi kata nak beli ais krim . tak jadi ke ?" . aku pun katalah "adoi , tersilap ckp lah . sepatutnya kacang merah tapi tersasul kacang hijau pulak ! buat malu je , hahahahaha ! " pastu kawan aku yang baik hatinya berkata "ah x pe la , meh wani tolong belikan " . ape lagi , aku trus ckp ok . malu gila siot wehhh ! menyesal aku perli2 kwn aku si wani tu sbb tersilap ckp kacang hijau aritu pastu kena gelak dgn abg tu . alih2 , smlm aku yang kena balik . menyesal menyesal ~ 


P/S : Jangan ejek orang ! nanti dapat pembalasan setimpal . :[ . Assalamualaikum . chowww ~

Sunday, March 20, 2011

Lama x update .

Assalamualaikum . hah . baru aku perasan blog ni dah lame bebenor ditinggalkan . sebabnya ? nak tau ? nak ? meh sini . dekat dekat sikit . aku nak bisik ni . cepatttt laaaaa ! psstttt : sebenornye kan lama aku tak update sebab ... sebab ... sebab aku malas !!! ahaha . buat suspen je lebih kan ? hehe . jangan marah . kalau marah-marah nanti cepat tua wehhh . mesti tak nak jadi tua cepat kan . well , baru2 ni aku ada download adobe photoshop CS5 trial punya . aku dah godek godek banyak kali but aku masih tak tahu macam mana nak guna ! alahai jahilnyaaa la kan ... aku tengok tutorial , tapi aku tak paham . adoi sejak bila aku jadi slow catcher ni ? hahaha ! maybe baru lepas periksa . otak sudah jem . keh keh keh . baiklah . nak tamatkan entri merapu dan sengal ni di sini dulu yeee . nanti sambung lagi . tolong la komen pasal background baru ni ? buruk ke ? dan tolonglah aku dengan photoshop ni . hehehe :D

Friday, March 4, 2011

Otak

Otak Manusia

Assalamualaikum semua ! harini aku nak cerita pasal otak lah pulak . boring lah hari hari duk merepek je kat blog ni . haha . okey . mase untuk bercerita tentang otak ! Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.
Dalam haiwan, otak (εν-κέφαλος, bahasa Greek bagi "dalam tengkorak"), merupakan pusat kawalan bagi sistem saraf tunjang, bertanggungjawab bagi kelakuan. Otak terletak di kepala, dilindungi oleh tengkorak dan hampir dengan perkakasan deria bagi penglihatan, pendengaran, keseimbangan, rasa dan bau. Sementara kesemua vertebra mempunyai otak, kebanyakan invertebra samaada mempunyai otak pusat atau himpunan ganglia terasing. Sesetengah haiwan seperti cnidarian danechinoderm tidak memiliki otak pusat, sebaliknya mempunyai sistem saraf berasingan, sementara haiwan seperti sponge ketiadaan otak dan sistem saraf sama sekali. Otak mampu menjadi amat rumit. Sebagai contoh, otak manusia mengandungi sekitar 23 bilion neuron, setiap satunya bersambung dengan hampir 10,000 neuron yang lain.


Credit:Wikipedia