Wednesday, December 22, 2010
Alhamdulillah ! 3 TEKNIK 1 .
Alhamdulillah ! akhirnya tercapai jua impian aku nak masuk kelas 3 TEKNIK 1 . aku bersyukur sangat2 kepada Allah kerana mengabulkan doa aku selama ini . susah dapat maka susah hilang kan ? hehe . aku memang excited benor la sebab dapat masuk kelas tuu , tak sabar sabar rasanya nak sekolah balik . semata mata sbb 3 TEKNIK 1 ? hahah , lawak lawak . tahun depan aku berazam nak jadi pelajar cemerlang . aku nak dapat 8A dalam PMR . untuk tahun ini , aku memprogramkan minda aku untuk fokus kepada kelas 3 TEKNIK 1 . tahun depan aku juga akan gunakan teknik yang sama cuma sasarannya sahaja sudah berubah . iaitu 8A ! aku pasti berjaya jika aku mulakan dari sekarang , aku akan berusaha bersungguh sungguh dan berserah kepada Allah . aku juga akan cuba meningkatkan keyakinan diri aku yang sedia ada ini supaya aku lebih terdorong untuk berjaya . InsyaAllah aku akan berjaya . doa doakan lah kejayaan aku ya . aku juga mendoakan kejayaan untuk orang di sekeliling aku . selalu . ~ baiklah . it's time to go . jumpa lagi ya ! Assalamualaikum .~
Saturday, December 11, 2010
Jalan menuju perubahan .
Assalamualaikum semua . sihat tak ? walaupun takde idea aku tetap nak update diary ni . nak tulis ape ye ? tibai jelah . hahaha . ok sekarang ni aku dalam perancangan untuk berubah . aku nak berubah jadi seorang anak yang baik dan solehah , seorang pelajar yang cemerlang dan seorang hamba ALLAH yang bertaqwa .aku juga mahu mengubah cara hidup aku selama ini . aku cuba untuk mengubah sikap aku dari hari ke hari dan aku cuba sedaya upaya untuk ubah pemikiran aku yang selalu negatif ini untuk menjadi sesuatu yang positif . aku juga selalu yakin pada diri , kerana yakin itu satu doa . jadi aku harus selalu yakin pada diri . "buat baik macam nak mati esok , kerja macam nak hidup selama-lamanya " . aku cuba ikut falsafah tu , dan aku yakin aku pasti berjaya . doa doa kan lah aku berjaya . kita tak tahu bila kita akan mati . jadi mulalah berubah SEKARANG !
Tuesday, December 7, 2010
Baru balik dari kem jati diri .
Assalamualaikum semua . sihat ? hihi . baru je balik dari kem jati diri . kem itu memang satu program yang sangat menginsafkan . memang berbaloi pergi sana . tak rugi ! aku gembira dan rasa bangga dapat ke sana . program ini tingkatkan keyakinan diri dan merangsang kita untuk berubah . jadi aku sedang cuba untuk berubah menjadi seorang anak yang baik dan solehah . doa doakan lah aku berjaya ya ! di sana aku temui ramai kawan baru yang baik . jika ada kesempatan untuk ke sana lagi . aku tak akan lepaskan ! itu pasti ! antara kawan-kawan baru aku , suhaila , suhaina , farhana , ziana , nadia , aiesz dan banyak lagi . tak terkira lah . dekat sana ada pembahagian kumpulan , lepas bahagi kumpulan , kami diarahkan buat aktiviti outdoor dan juga indoor. kumpulan aku dapat anugerah kumpulan cemerlang kerana kami cemerlang dalam aktiviti outdoor dan juga bersemangat , hehe . baiklah , itu sahaja . it's the time to go . sekali lagi . Assalamualaikum . jawab jangan x jawab , dosa !
Subscribe to:
Posts (Atom)


