Wednesday, June 6, 2012

Dia.


“Kenapa”?

Itulah yang selalu bermain di fikirannya. Tidak ada satu hari pun yang dilalui tanpa memikirkan perkara yang satu itu. Siang dan malam dia berfikir tentangnya, siang dan malam jugalah dia bergelut dengan perasaannya.

Siapa kata mudah untuk menjadi dia? Siapa? Tiada sesiapa.

Dia adalah dia. Seorang insan yang bergelar perempuan, yang selalu bergelut dengan emosinya. Namun dia masih mampu tersenyum tatkala banyak dugaan yang menimpanya. Masih mampu berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Itulah dia, seorang perempuan yang ceria dan selalu tersenyum di hadapan rakan-rakan dan orang tersayang. Di kala bersendirian, dialah perempuan yang murung. Bergelut dengan emosinya, setiap jam, setiap saat, setiap masa.

Betapa kuat dia cuba menutup kesedihan dan kekecewaannya, pasti ada seseorang di luar sana yang tahu akannya. Yang selalu memerhatikan dia di dalam diam, berdiri di situ tanpa dia sedar.

Tanpa dia ketahui selama ini, insan itu setia bersamanya. Setia mendengar luahan perasaannya. Setia membantunya di kala dia kesusahan. Setia bersamanya dalam apa jua keadaan… tanpa mengharapkan sebarang balasan.


Insan itu selalu ada untuknya, tetapi mungkin sahaja dia tidak sedar atau sengaja buat buat tak tahu, entahlah. Hari demi hari berlalu, tahun demi tahun berlalu. Dan bila kebenaran tersingkap, insan itu sudah tiada di sini untuknya.


Saat ini, betapa banyak pun penghargaan yang akan dia beri pada insan tersebut, sudah tidak berguna lagi. Kerana dia sudah tiada buatnya. Insan itu sudah pergi dari hidupnya…buat selama-lamanya.


P/s : Belajarlah menghargai insan yang menyayangi kita...(Actually aku pun tak tahu apa aku merepek dalam post ni..adehhh).


No comments: